Monday, September 26, 2011

Launching AHRS RACING PRODUCT QP JURAGAN MOTORSPORT

Pada 23 September 2011, satu lagi jenama terunggul dalam dunia permotoran telahpun dilancarkan secara rasmi di Malaysia. AHRS, anda semestinya pernah mendengar sebelum ini. AHRS diasaskan bermula di Indonesia.  AHRS telah ditubuhkan selama 11 tahun dan masih memberikan perkhidmatan terbaik kepada ejen-ejen dan pelanggan dan menjadi produk perlumbaan yang terbaik di pasaran nasional dan antarabangsa. Anda sendiri boleh melayari laman web mereka http://www.ahrsproducts.com/ dan untuk di Kuching Sarawak anda boleh rujuk terus di laman Facebook mereka http://www.facebook.com/ahrsmsia.websales dan untuk mereka yang berada di semenanjung Malaysia anda juga boleh merujuk kepada http://www.facebook.com/ajmoye.accessories


Penyerahan watikah kepada Encik Qadapi daripada Tuan Asep Hendro, pengasas AHRS











Berkilat tuuu~~~

Antara yang hadir ke majlis, Kuching Scoot Clanz

DirtBikers

Wakil dari Gila-gila Meleper


Pasukan yang baru dilancarkan sekaligus menerajui dunia permotoran di Sarawak


Nak tengok kedai diorang?

Lot 9635,Ground Floor,
Lee Ling Commercial Centre,
4th Mile,Off Jalan Matang,
93050 Kuching,Sarawak,
East Malaysia.

Breakfast Ride To Serian

Alhamdulillah...
Satu lagi aktiviti berjaya kami jalankan (walaupun biasa2 saja~~) Bila hujung minggu, tangan pon gatal nak pulas throttle... so kami plan buat breakfast ride..

25 September 2011 (Ahad)

1.Sarawak GTrider
2.Sri Langkau Lozjobozz
3.Mohammad Faisal a.k.a Acai Jerung
4.Mohammad Faris
5.Saha (Aku Saha Angry Bird) :D

5 Model berlainan, 4 manufacturer berbeza....

Seperti biasa, semua berkumpul pada awal pagi sebelum bertolak. Keselamatan motosikal semestinya telah diperiksa. Kemudian kami bergerak ke Samarahan untuk bertemu dengan Saha..


GTR dengan GT

Kemudian perjalanan diteruskan... Dengan pelbagai aksi meroket, superman dan lain-lain, kami selamat sampai di Serian... (Jalan clear, meroket la, sbb angin kuat sangat.)



Semua pakai tayar saiz gajah~~

Tanpa membuang masa, kami pon p la order.. ni kira breakfast dengan lunch skali la ni~~ hehehehe. Setahu aku, Serian makanan nya lebih murah seperti nasi campur berbanding dengan Bandaraya Kuching. RM5 boleh kenyang wo~~~

50% sudah dimakan.. kuikuikui~~



Sesi spam menyepam, berbalas pantun sememangnya menjadi tradisi ketika di kedai kopi.. Tak kurang jugak aksi2 mencuci mata... hahahah.. lepas "breaklunch" kami pi kat sebuah kedai kasut, penuh dengan kasut2 branded yang murah...( bukan ori ye). Banyak2 moto, Belang R menjadi tarikan ramai ketika kami berada di Serian. ( Tokey kedai pon sempat gak survey belang si Saha ni). Berakhirlah aktiviti kami dan kami meneruskan perjalanan pulang.

nampak cam retro kan? ala filem lama gitu~~

ni Belang, bukan Belalang ye adik2...

berhenti, nak hisap "nyawa"






Aktiviti seterusnya masih dalam perancangan. Jika anda ingin mengikuti aktiviti2 kami, anda boleh rujuk melalui facebook saya, "sarawak gtrider"... kami amat mengalu-alukan anda.

p/s: berhemah di jalanraya.. nak race p la track... bukan di jalanraya...


LIMITED EDITiON FROM SAMARAHAN



Thursday, August 18, 2011

Destinasi Seterusnya!!



Kami akan kembali lagi dengan aktiviti permotoran selepas raya! Dalam perancangan saya dan rakan-rakan saya (itu pun kalau ramai yang pegi, 2 orang pon hentam saja!), kami merancang perjalanan dari Kuching-Bintulu-Miri-Bintulu-Kuching. Tarikh belum lagi ditetapkan. Aktiviti kali ini terbuka kepada sesiapa yang berminat dan sememangnya cuti pada waktu tersebut. Ini kerana kami mungkin mengambil masa yang lama kerana nak p jalan-jalan, cuci2 mata :D :D 


Anggaran perjalanan kali ini (mengikut google map hahahaha) 1591km. Tapi kalo dah asyik full throttle, cepat je sampai tu... Dari Kuching kami akan bertolak lebih awal daripada ride-ride sebelum ini untuk mempercepatkan perjalanan dan mengelakkan daripada menunggang pada waktu malam. Lori banyak tau!! kami ni 2 tayar je....


Destinasi pertama, Bintulu. Aku selalu lalu je bintulu ni, itu pon pakai bas ekspress. Nak gak pusing2 bandar kan? Time ni akan singgah di rumah member dan mungkin ada beberapa member dari bintulu akan join kami ke Miri. Ramai-ramai pon best! Dulu biasa ride sikit je member pegi... Masa pegi Pesta Benak Sri Aman dulu pon 2 orang je... tapi layan~~ 


Lepas dah puas jalan-jalan di Bintulu, kita merayap plak ke Miri. Bleh gak jenguk sedara mara aku kat sini... Time ni aku nak pegi tempat2 yang aku pegi dulu belum siap! Sekarang mesti dah siap kan? p pantai.... p E-mart?? hahahhaa... kat kuching pon ada la.~~ Tapi aku tak tau sangat jalan kat sini.... anyway nanti aku akan sertakan gambar2 aktiviti kami. Bleh la jenguk blog saya lagi~~

Bagi sesiapa yang nak join atau ada sebarang pertanyaan, bleh PM terus ke facebook saya atau tinggalkan pesanan anda di blog ini~!