Satu lagi aktiviti berjaya kami jalankan (walaupun biasa2 saja~~) Bila hujung minggu, tangan pon gatal nak pulas throttle... so kami plan buat breakfast ride..
25 September 2011 (Ahad)
1.Sarawak GTrider
2.Sri Langkau Lozjobozz
3.Mohammad Faisal a.k.a Acai Jerung
4.Mohammad Faris
5.Saha (Aku Saha Angry Bird) :D
5 Model berlainan, 4 manufacturer berbeza....
Seperti biasa, semua berkumpul pada awal pagi sebelum bertolak. Keselamatan motosikal semestinya telah diperiksa. Kemudian kami bergerak ke Samarahan untuk bertemu dengan Saha..
GTR dengan GT
Kemudian perjalanan diteruskan... Dengan pelbagai aksi meroket, superman dan lain-lain, kami selamat sampai di Serian... (Jalan clear, meroket la, sbb angin kuat sangat.)
Semua pakai tayar saiz gajah~~
Tanpa membuang masa, kami pon p la order.. ni kira breakfast dengan lunch skali la ni~~ hehehehe. Setahu aku, Serian makanan nya lebih murah seperti nasi campur berbanding dengan Bandaraya Kuching. RM5 boleh kenyang wo~~~
50% sudah dimakan.. kuikuikui~~
Sesi spam menyepam, berbalas pantun sememangnya menjadi tradisi ketika di kedai kopi.. Tak kurang jugak aksi2 mencuci mata... hahahah.. lepas "breaklunch" kami pi kat sebuah kedai kasut, penuh dengan kasut2 branded yang murah...( bukan ori ye). Banyak2 moto, Belang R menjadi tarikan ramai ketika kami berada di Serian. ( Tokey kedai pon sempat gak survey belang si Saha ni). Berakhirlah aktiviti kami dan kami meneruskan perjalanan pulang.
nampak cam retro kan? ala filem lama gitu~~
ni Belang, bukan Belalang ye adik2...
berhenti, nak hisap "nyawa"
Aktiviti seterusnya masih dalam perancangan. Jika anda ingin mengikuti aktiviti2 kami, anda boleh rujuk melalui facebook saya, "sarawak gtrider"... kami amat mengalu-alukan anda.
p/s: berhemah di jalanraya.. nak race p la track... bukan di jalanraya...
LIMITED EDITiON FROM SAMARAHAN
No comments:
Post a Comment