Tuesday, November 27, 2012

(DITUNDA)THE RETURN OF BCM MEGA TTS & BROTHERHOOD FESTIVAL 2012

-RALAT-
======

Salam... Dukacita dimaklumkan bahawa THE RETURN OF BCM MEGA TTS 2012 AND 1STBROTHERHOOD FESTIVAL terpaksa ditunda pada saat-saat akhir kepada tarikh yang akan ditentukan dalam masa terdekat ini.

Penundaan tarikh ini adalah disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan yang bukan datangnya dari pihak kami dan akan diselesaikan secepat mungkin bagi merealisasikan event yang akan berlangsung nanti.

BCM akan menghadiri mesyuarat terakhir pada 10 Dis 2012 bersama 'main body' yang berkerjasama dalam acara yang akan berlangsung nanti.

Pada masa yang sama, sebuah SIDANG MEDIA akan diadakan selepas mesyuarat dijalankan untuk memberi maklumat terkini kepada BIKERS di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia serta memberi ruang kepada pihak berwajib untuk merealisasikan impian ini.

sebarang pertanyaan boleh lah terus menghubungi kami di talian 014 2673548 / 017 3488946

Sebarang kesulitan amat dikesali. Harap maklum...


INFO MENGENAI BCM MEGA TTS
Bikers Cover Magazine akan mengadakan sebuah acara TTS yang terbesar pada tahun ini serta Brotherhood Festival 2012 yang akan mengumpulkan seramai yang mungkin Kelab-Kelab Motosikal di Malaysia dan juga dari negara jiran tanpa mengira MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI ATAU RENDAH TANPA MEMANDANG SETIAP INDIVIDU BIKERS ITU bagi memeriahkan suasana.


Pelbagai aktiviti menarik yang memenuhi jadual acara sepanjang 2 hari berlangsung yang akan memberi kelainan pada acara yang kami anjurkan sebelum ini.

Acara yang berlangsung bukan sahaja terbuka kepada BIKERS tetapi juga kepada ORANG AWAM yang ingin mendekati BIKERS melihat jentera masing-masing yang bakal diperagakan pada acara ini.

INformasi The Return of BCM Mega TTS and Brotherhood Festival 2012 adalah seperti berikut:-

Tarikh: AKAN DIBERITAHU PADA MASA AKAN DATANG

Masa: 0900 am sampai lebam selama 2 hari

Venue: Kuching Water Front, Jalan Main Bazzar berhadapan memoneum brooke (sebarang perubahan lokasi akan diberitahu dari masa ke semasa)

Aktiviti yang akan berlangsung :
++++++++++++++++++

#AKTIVITI MUNGKIN AKAN BERUBAH


15 Battle of The Band from around the Borneo
Booth Rental
Food & Drinks Stall
Persembahan Kebudayaan
Ferry Cruise
Motorcycle Show and Competition
Marching Band
Sunset Ride
special program will appear
any many more.... (akan dikemaskini dari masa ke semasa)

Registered Participhants RM 15.00
Official The Return of BCM Mega TTS & Brotherhood Festival 2012.
TShirt
Sticker
Goodie Bag
Mineral Water
etc..................dan 2 hari ENJOY FULL THROTTLE MAXIMUM SPEED!!!!!!!!!!!!!







Kami juga akan berada di sana pada bulan hadapan!!
Kepada pengguna jentera modenas GT128 anda bolehlah berkunjung ke group dan fanpage fb kami

















Thursday, June 21, 2012

Konvoi Bersama MODENAS/BCM Adventure Borneo Crossing RoadTour

Pada 16 Jun 2012 telah diadakan satu konvoi sempena majlis Arrival Team Modenas/BCM Adventure Borneo bertempat di Lime Tree Hotel Kuching dihadiri oleh Datuk Bandar Kuching dan CEO Modenas. Konvoi bergerak ke sekitar kuching dan berakhir di Lime Tree hotel.






Persiapan sebelum konvoi bergerak di sekitar kuching



Kriss MR1 sudah pusing Borneo, tapi enjin masih dalam keadaan baik, bunyi masih lagi senyap!

Ni moto p offroad siap mudguard dah cabot~~









Singgah bersarapan di CurryHouse Satok


Penat.. Lepak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching >.<







Info mengenai Modenas/BCM Adventure Borneo Crossing RoadTour 2012
  • 3 jentera digunakan iaitu Kriss MR1, GT128 dan Ace 115.
  • Perjalanan dari Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Brunei, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan kembali ke Kuching.
  • Melintasa lebih daripada 2000 sungai dan kampung sepanjang perjalanan
untuk info selanjutnya bolehla melayari website http://www.bcm.my

Sumber gambar: Thetokwanbikers fb






*Lama dah tak update blog ni sebab sibuk+ takda aktiviti ride. InsyaAllah bulan 7 nanti adala projek bakal menyusul ^^





Monday, September 26, 2011

Launching AHRS RACING PRODUCT QP JURAGAN MOTORSPORT

Pada 23 September 2011, satu lagi jenama terunggul dalam dunia permotoran telahpun dilancarkan secara rasmi di Malaysia. AHRS, anda semestinya pernah mendengar sebelum ini. AHRS diasaskan bermula di Indonesia.  AHRS telah ditubuhkan selama 11 tahun dan masih memberikan perkhidmatan terbaik kepada ejen-ejen dan pelanggan dan menjadi produk perlumbaan yang terbaik di pasaran nasional dan antarabangsa. Anda sendiri boleh melayari laman web mereka http://www.ahrsproducts.com/ dan untuk di Kuching Sarawak anda boleh rujuk terus di laman Facebook mereka http://www.facebook.com/ahrsmsia.websales dan untuk mereka yang berada di semenanjung Malaysia anda juga boleh merujuk kepada http://www.facebook.com/ajmoye.accessories


Penyerahan watikah kepada Encik Qadapi daripada Tuan Asep Hendro, pengasas AHRS











Berkilat tuuu~~~

Antara yang hadir ke majlis, Kuching Scoot Clanz

DirtBikers

Wakil dari Gila-gila Meleper


Pasukan yang baru dilancarkan sekaligus menerajui dunia permotoran di Sarawak


Nak tengok kedai diorang?

Lot 9635,Ground Floor,
Lee Ling Commercial Centre,
4th Mile,Off Jalan Matang,
93050 Kuching,Sarawak,
East Malaysia.

Breakfast Ride To Serian

Alhamdulillah...
Satu lagi aktiviti berjaya kami jalankan (walaupun biasa2 saja~~) Bila hujung minggu, tangan pon gatal nak pulas throttle... so kami plan buat breakfast ride..

25 September 2011 (Ahad)

1.Sarawak GTrider
2.Sri Langkau Lozjobozz
3.Mohammad Faisal a.k.a Acai Jerung
4.Mohammad Faris
5.Saha (Aku Saha Angry Bird) :D

5 Model berlainan, 4 manufacturer berbeza....

Seperti biasa, semua berkumpul pada awal pagi sebelum bertolak. Keselamatan motosikal semestinya telah diperiksa. Kemudian kami bergerak ke Samarahan untuk bertemu dengan Saha..


GTR dengan GT

Kemudian perjalanan diteruskan... Dengan pelbagai aksi meroket, superman dan lain-lain, kami selamat sampai di Serian... (Jalan clear, meroket la, sbb angin kuat sangat.)



Semua pakai tayar saiz gajah~~

Tanpa membuang masa, kami pon p la order.. ni kira breakfast dengan lunch skali la ni~~ hehehehe. Setahu aku, Serian makanan nya lebih murah seperti nasi campur berbanding dengan Bandaraya Kuching. RM5 boleh kenyang wo~~~

50% sudah dimakan.. kuikuikui~~



Sesi spam menyepam, berbalas pantun sememangnya menjadi tradisi ketika di kedai kopi.. Tak kurang jugak aksi2 mencuci mata... hahahah.. lepas "breaklunch" kami pi kat sebuah kedai kasut, penuh dengan kasut2 branded yang murah...( bukan ori ye). Banyak2 moto, Belang R menjadi tarikan ramai ketika kami berada di Serian. ( Tokey kedai pon sempat gak survey belang si Saha ni). Berakhirlah aktiviti kami dan kami meneruskan perjalanan pulang.

nampak cam retro kan? ala filem lama gitu~~

ni Belang, bukan Belalang ye adik2...

berhenti, nak hisap "nyawa"






Aktiviti seterusnya masih dalam perancangan. Jika anda ingin mengikuti aktiviti2 kami, anda boleh rujuk melalui facebook saya, "sarawak gtrider"... kami amat mengalu-alukan anda.

p/s: berhemah di jalanraya.. nak race p la track... bukan di jalanraya...


LIMITED EDITiON FROM SAMARAHAN