Showing posts with label Kuching. Show all posts
Showing posts with label Kuching. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Launching AHRS RACING PRODUCT QP JURAGAN MOTORSPORT

Pada 23 September 2011, satu lagi jenama terunggul dalam dunia permotoran telahpun dilancarkan secara rasmi di Malaysia. AHRS, anda semestinya pernah mendengar sebelum ini. AHRS diasaskan bermula di Indonesia.  AHRS telah ditubuhkan selama 11 tahun dan masih memberikan perkhidmatan terbaik kepada ejen-ejen dan pelanggan dan menjadi produk perlumbaan yang terbaik di pasaran nasional dan antarabangsa. Anda sendiri boleh melayari laman web mereka http://www.ahrsproducts.com/ dan untuk di Kuching Sarawak anda boleh rujuk terus di laman Facebook mereka http://www.facebook.com/ahrsmsia.websales dan untuk mereka yang berada di semenanjung Malaysia anda juga boleh merujuk kepada http://www.facebook.com/ajmoye.accessories


Penyerahan watikah kepada Encik Qadapi daripada Tuan Asep Hendro, pengasas AHRS











Berkilat tuuu~~~

Antara yang hadir ke majlis, Kuching Scoot Clanz

DirtBikers

Wakil dari Gila-gila Meleper


Pasukan yang baru dilancarkan sekaligus menerajui dunia permotoran di Sarawak


Nak tengok kedai diorang?

Lot 9635,Ground Floor,
Lee Ling Commercial Centre,
4th Mile,Off Jalan Matang,
93050 Kuching,Sarawak,
East Malaysia.

Thursday, August 18, 2011

Destinasi Seterusnya!!



Kami akan kembali lagi dengan aktiviti permotoran selepas raya! Dalam perancangan saya dan rakan-rakan saya (itu pun kalau ramai yang pegi, 2 orang pon hentam saja!), kami merancang perjalanan dari Kuching-Bintulu-Miri-Bintulu-Kuching. Tarikh belum lagi ditetapkan. Aktiviti kali ini terbuka kepada sesiapa yang berminat dan sememangnya cuti pada waktu tersebut. Ini kerana kami mungkin mengambil masa yang lama kerana nak p jalan-jalan, cuci2 mata :D :D 


Anggaran perjalanan kali ini (mengikut google map hahahaha) 1591km. Tapi kalo dah asyik full throttle, cepat je sampai tu... Dari Kuching kami akan bertolak lebih awal daripada ride-ride sebelum ini untuk mempercepatkan perjalanan dan mengelakkan daripada menunggang pada waktu malam. Lori banyak tau!! kami ni 2 tayar je....


Destinasi pertama, Bintulu. Aku selalu lalu je bintulu ni, itu pon pakai bas ekspress. Nak gak pusing2 bandar kan? Time ni akan singgah di rumah member dan mungkin ada beberapa member dari bintulu akan join kami ke Miri. Ramai-ramai pon best! Dulu biasa ride sikit je member pegi... Masa pegi Pesta Benak Sri Aman dulu pon 2 orang je... tapi layan~~ 


Lepas dah puas jalan-jalan di Bintulu, kita merayap plak ke Miri. Bleh gak jenguk sedara mara aku kat sini... Time ni aku nak pegi tempat2 yang aku pegi dulu belum siap! Sekarang mesti dah siap kan? p pantai.... p E-mart?? hahahhaa... kat kuching pon ada la.~~ Tapi aku tak tau sangat jalan kat sini.... anyway nanti aku akan sertakan gambar2 aktiviti kami. Bleh la jenguk blog saya lagi~~

Bagi sesiapa yang nak join atau ada sebarang pertanyaan, bleh PM terus ke facebook saya atau tinggalkan pesanan anda di blog ini~!


Tuesday, July 12, 2011

Aku Hanyalah Seorang Rider

Minggu ni nak pakai bahasa melayu plak.. letih gak nak speaking2 ni... ahahaha.  Aku nak cerita pasal kehidupan aku.  Aku ni memang suka bawak moto...tapi yang menyedihkan ada gak sesetengah orang melabelkan orang seperti saya ni sebagai mat rempit.  Mesti rakan2 saya yang lain pun kurang senang dengan gelaran yang diberikan kepada kami hanya disebabkan kami membawa moto!!   Ooo... kalo pak imam pakai moto, makcik cleaner pakai moto, pak guard pakai moto... tu pun kira mat rempit la? Pergh... terbaik la korang ni... Aku pun terkilan gak kalo orang kata aku macamni.. bukan aku tak respect diorang.  Sepanjang aku dah ada lesen ni, baru je setahun lebih, aku dapat banyak pengalaman dari ride2 yang aku ikut.. meter moto aku pon dah nak sampai 20 000km.

MODENAS X-CITE DALAM KENANGAN


"Jauh perjalanan, luas pemandangan".  Memang best ride jauh2.. Ada gak orang tanya aku, "korang jalan jauh2, lepas tu lepak sekejap dan pulang, apa korang dapat?"  So aku jawab la balik, "korang jalan2 dekat Parkson, Spring, Sarawak Plaza, lepas tu pulang.. korang ada beli apa2 ke??"  Haaa... tau pun diam... Memang nampak tak memberi faedah jalan jauh2... tpi kami dapat pengalaman, perasaan yang tak dapat diungkapkan dengan kata2... hahahaha... So, bagi sesiapa yang sering melabelkan kami dengan mat rempit ( kalo kami mat rempit pon,. ko apsal??) korang pikir la lagi... Belajar tinggi2.. tpi suka2 je nak kondem, nak komen2 orang... masing2 ada minat der... memang kita ditempatkan di sesuatu tempat itu atas takdir..  ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang dapat sambung belajar, ada yang tak...namun benda tu boleh berubah... Allah sendiri takkan mengubah sesuatu kaum tersebut melainkan mereka mengubah sendiri... Melalui dunia permotoran la aku berkenalan dengan ramai orang... Majoriti yang aku kenal lebih tua dari aku.. ada yang dari semenanjung, luar negara pun ada.  Walaupun aku tak mampu nak pergi luar dari negeri Sarawak ni, aku bleh tahu dunia luar disebabkan hubungan aku dengan rakan2 aku.  Maaf la kalo ada sesetengah pihak tak suka apa yang aku cakap ni... tapi kalo korang berdiri di tempat aku... mungkin korang akan faham.. Setiap orang ada kemahuan dan kehendak masing2.. tpi aku pun ada gak kekurangannya,...

Tuesday, July 5, 2011

Ride To Pesta Benak Sri Aman 2011


Thank god, my friends and I were able to hold the program even though we both only involved. We depart from Kuching on Friday, July 1, 2011 and returning on July 3, 2011.Overall travel distance includes a few trip to Spaoh about 600 km. I gained valuable experience from this event. Weather not a barrier for us. Pesta Benak this time received many visitors from Malaysia or abroad. The situation is crowded at that time. There is also Autoshow for motorcycles and cars. When returning to Kuching, I was unfortunatelydamaged gt128 at Balai Ringin. Sprocket timing chain was broken and no spares in there. I personally had to find the parts in Kuching and ready repaired on Wednesday, July 7, 2011. Indeed, the experience time to lesson to me. See you at the next event!













NO SPAREPART IN KUCHING!