Tuesday, August 16, 2011

Pandu Cermat, Sayangi Nyawa Anda

** petikan dari Panducermat.org



Perbuatan bertukar-tukar lorong dan memotong keluar masuk trafik disifatkan sebagai mencelah-celah.
Membawa motosikal secara mencelah-celah amat merbahaya, Malah pemandu motosikal profesional tidak mengesyorkan perangai sebegini di jalan raya.
Keadaan di jalan raya yang tidak menentu, serta tindakan pengguna jalan raya yang lain tidak boleh diramal memang menambah lagi bahaya perbuatan mencelah-celah ini.
Ingat: motosikal anda hanya diimbangkan atas sepasang roda, dan maka itu amat mudah tumbang. Sebiji batu, lopak bertakung, malah keadaan jalan yang berminyak pun boleh menyebabkan anda hilang kawalan.
Perbuatan mencelah-celah tidak akan membawa anda ke tempat yang dituju dengan lebih cepat. Malahan ia membahayakan orang lain. Bersabarlah. Jangan asyik bertukar-tukar lorong.

Kalau macam ni kan elok... 
Komen saya sendiri: Kita sebagai pengguna motosikal hendaklah beringat... kita ni bawa moto kecik je... dah la tayar 2.. so bawak la elok2... ikut undang2 yang telah ditetapkan.. tak susah pon... Kalau kita bawa secara berhemah, pengguna lain pun akan ikut juga.. sentiasa ada sifat tolak ansur ketika di jalan raya... Alhamdulillah, setakat ni saya selamat dari sebarang kemalangan.... walaupun selalu merantau jauh2 pakai moto... Keselamatan perlu! Pakaila baju "reflector", jaket, glove dan lain2...  tambahan plak musim perayaan nak dekat... so sayangi diri anda... 

No comments:

Post a Comment